28 Jul 2009

Couple & Kawan


Pada satu hari…

Kawan: Dating-dating ni, couple-couple ni perbuatan yang menghampiri zina.

Couple: kami tidak berzina!

Kawan: saya tak tuduh awak berzina, tapi awak menghampiri zina.

Couple: kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, buat study group, minum-minum…takkan menghampiri zina kot?

Kawan: a’ah, menghampiri zina le tu. Rasulullah kate anggota badan lain pun berzina gak. Sebelum kemaluan berzina, hati dan perasaan sedikit demi sedikit membina keinginan.

Couple: kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Kawan: ye ke…betul ke…tipu lah. Takkan takde sikit pun?

Couple: awak sangka buruk pada kami!

Kawan: ok…wallahua’lam. Macam saya cakap tadi, hari demi hari, malam demi malam, kalau tak hari ni, besok-besok mungkin kamu kecundang. Nak tahu kenapa? Kerana syaitan dan musuh-musuh islam takkan melepaskan kamu tanpa kamu kecundang pada zina kemaluan. Allah nakkan yang terbaik, yang paling suci untuk hamba nya, cinta yang tak pernah ternoda sikit pun dengan nafsu, sekalipun yang “kecundang” bukan kemaluan, tapi Allah tak kasi dating, syemesh, dan lain-lain pasal Allah nak bagi pada couple yang bergelar suami isteri rasa yang dia dapat pasangan dan cinta pasangannya yang 100% untuk dia sahaja, tak pernah orang lain rasa, walau sikit pun. Best tak yang macam tu? Tapi syaitan dah dapat Ph.d dalam bidang cinta-cinta ni. Jadi jangan bermain dengan bahaya. Adam dan Hawa pun dia dah tipu, korang sape? Dalam sms, call dan hatta dating kat tgh shopping complex yang sesak pun, korang dlm dunia korang sendiri. Takde sape yang akan hirau, dlm call dan dlm sms lebih2 lagi la, mane boleh ade org kacau…INGAT, Rasulullah pesan: janganlah engkau bersendirian dgn seorg wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Riwayat Tabrani). Memang korang takde niat pun..tapi korang bukannye malaikat..org mandul pun ade nafsu…dan syaitan akan buat main nafsu ni la supaya korang kecundang….

Couple: bukan main panjang lagi syarahan, ustad! Tak semestinya semua org yg bercinta akan berzina! Ade yang call, emel, chat, dan sms je! Dating sekali pun x pernah!

Kawan: takde maknenye…tetap one-to-one jugak dlm call, emel, chat dan sms tu..boleh je bersayang-sayang, I lap you lap me, dan macam-macam lagi dlm tu. Memang pada awalnya tak pernah nampak muka, tapi perasaan? BERGELORA! Tul x? jangan tipu…lambat laun desakan nafsu dan perasaan yang di hasut syaitan yang invisible akan membuat perasaan rase membuak-buak dan mengheret kepada suatu pertemuan. Sape yang nak halang? Universiti? Jiran? Mak bapak? Mereka samada tak perduli atau lebih suka. “Berkenalan” kononnya. Pertemuan pertama tidak akan berhenti di situ saja. Mesti rindu nak jumpa lagi…dan macam saya cakap tadi..sikit demi sikit…

Couple: kami cakap-cakap aje lah!

Kawan: zina ada macam2 jenis dan peringkat. Ada zina kemaluan (bahasa arab: faraj), zina tangan, zina mata, zina kaki, zina hati. Rasulullah kate: Kedua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman. (Riwayat Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya langkah-langkah menuju ke arah perzinaan ade berjuta-juta.

Couple: sebenarnya kami ni diskus study, tu pun takleh ke? Bincang benda baik je!

Kawan: betul ke study tu…ke bercampur dengan niat-niat lain. Allah tahu, walaupun saye tak tahu atau awak tak nak ngaku. Kalau score pun study berdua atau berdua dalam kumpulan, tak dapat keberkatan, kejayaan tak membawa kebahagiaan. Hidup tak bahagia, akhirat tak yah cerita la. Allah memang suka orang yang berilmu, jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah, belajar jadi ibadah. Betul ke study? Betul ke…

Couple: BETUL LA! Bincang studies je! Ni study group!

Kawan: study group??? Nampak lain macam je….duduk dekat-dekat, suara manja semacam…mata pun kuyu semacam…hati berdegup kencang…betul ke…takkan study group kot? Kesana kemari berdua. Ntah-ntah study nye dua minit, yang lain…

Couple: tak lah. Kami memang study betul-betul.

Kawan: baik betul korang berdua. Saye rase ade something wrong, pasal korang takde nafsu. Kalau manusia biasa ciptaan Allah, pasti ade kecenderungan pada opposite sex. Fitrah.

Couple: kami study sama2, saling bagi semangat, saling motivasi.

Kawan: takkan la dah pupus kawan sejenis yang boleh bagi semangat dan jadi study partner? Lagipun…tenang ke? Rasulullah kate “Dosa ialah apa yang bergelut dalam hati sedangkan saudara tidak mahu orang lain mengetahuinya” dan “Kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati anda berasa tenang.” (Riwayat Muslim). Jadi, betul ke, betul-betul-betul ke rase tenang belajar camni?

Couple: takkan lah takde langsung ruang yang di benarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Kate tadi fitrah?

Kawan: Memang fitrah. Macam makan pun fitrah. Tapi kalau makan najis, fitrah tak? Atau makan nasi atas mangkuk tandas? Macam tu lah perumpamaan “bercinta sebelum kahwin”. Allah bagi fitrah makan, tapi makan lah makanan yg baik di tempat yang baik. Sama macam fitrah ingin mengasihi dan di kasihi. ‘Makanan’ untuk nya yang paling baik ialah cinta suci 100% (yang best giler tadi tu) dan ‘tempat paling baik’ untuk menikmatinya ialah dalam pernikahan. Senang la cerita, beb, kenapa Allah dan Rasulullah tak pernah cerita pasal couple, dating, girlfriend dan boyfriend, kalau benda ni penting dan betul sangat? Cari lah dalam al-qur’an dan hadis, sirah dan sunnah. Tak ada.

Couple: mesti ada cinta dalam islam!

Kawan: ade. Cinta yang best dan special giler antara suami isteri pasal dua-dua tak pernah ade orang lain dalam hati dia melainkan pasangan dia yang dia nikahi tu. Bila Allah haramkan something, Allah ganti dengan something lain yang halal. Dan mesti ada hikmah Allah haramkan sesuatu. Allah haramkan zina dan taqrabu zina pasal nak bagi supaya nikah best giler!!!

Couple: abis tu cinta remaja, couple, dating semua menghampiri zina ke???

Kawan: a’ah. Natural la beb, kalau bercampur lelaki dan perempuan takkan tak terusik perasaan hatta sikit pun? Yang ni handsome, yang tu cute. Biasa la kan? Bila syaitan jek sikit, mula berfikir lebih-lebih. Bila ada peluang, macam kat kelas ke, satu persatuan ke, terserempak ke, rumah dekat-dekat ke, pinjam nota ke, program bercampur ke, apa-apa je lah, syaitan kacau lagi. Berbual-bual kosong. Ada kesamaan, lama-lama jadi rapat. Lama-lama, sedikit demi sedikit…keluar selalu, sms selalu, siang malam pun keluar sama-sama…dan syaitan semakin gembira, semakin bermain-main dengan nafsu. Sentuh sikit-sikit sampai berani pegang tangan, sampai berani salam cium tangan macam suami isteri, perlahan-perlahan berani peluk sikit-sikit, berani cium dahi…dan sebagainya. Lagi-lagi dalam masyarakat Bandar ni, siapa yang peduli? Kadang-kadang mak bapak pun tak kisah. Langkah demi langkah (zina anggota, zina hati) sampai zina kemaluan.

Couple: masih ramai couple yang selamat, sampai kahwin tak berzina. Kami tahan di uji.

Kawan: ni peraturan Allah, beb, bukan aku yang suka-suka buat. Allah tahu kekuatan dan kelemahan manusia, lantas Allah buat syari’at yang sesuai dengan ciptaanNya. Islam ajar, apa yang membawa ke perkara yang haram, juga haram. Pasal tu Allah kate, ‘jangan DEKATI zina’ bukan ‘jangan berzina’ (17:32)

Couple: manusia ni lemah sangat ke? Aku masih solat, masih bace qur’an la, bace yasin setiap malam juma’at, aku takde la jahat sangat, kau ni pun macam la baik sangat…

Kawan: aku cakap ni semua bukan peraturan rekaan aku, beb…ingat tu. Aku ulang je peringatan2 yang Allah bagi dalam qur’an. Allah tahu manusia tak tahan kena goda. Kalau nampak air atau makanan orang lain beli pun dah bernafsu nak try yang sama, ni kan pulak kena goda dengan benda-benda yang melibatkan perasaan. Allah takdirkan satu peristiwa supaya menjadi iktibar manusia, iaitu peristiwa Adam dan Hawa. Allah tahu yang manusia tak tahan kena uji, pasal tu Allah larang Adam dan Hawa, jangan HAMPIRI pohon larangan (7:19) Sebenarnya Allah nak kate jangan makan buah dari pokok tu, tapi kerana Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa, jadi hampiri pokok tu pun Allah tak bagi, takut nanti mereka akan makannya kerana tak dapat kawal diri. Macam tu la jugak dengan zina.

Fikir la elok2, Malaysia sekarang ni, bukannya susah nak cari tempat nak berzina. Samada banyak peluang atau syaitan akan buat kita jadi creative. Kalau kita tak cukup creative, nafsu membuak-buak, kat mana-mana pun jadi, astargfirullah…

Allah larang kita berzina, jadi Allah juga tegah kita HAMPIRI zina (dengan bercouple, berdating samada di tempat public atau private, sms, call, chat, emel, surat cinta, etc). Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, akan kecundang. Beb…berapa kali korang dah pegang tangan, rase nak peluk, mata saling memandang… itu Allah je yang tahu, aku tak tuduh, tapi fikir la baik2…

Couple: tapi cinta lepas kahwin ni banyak masalah kalau kita tak kenal pasangan secara dekat. Bercinta ialah untuk kenal pasangan sebelum buat keputusan nak kahwin, tu je.

Kawan: abis tu kenapa yang dah kenal abis-abisan pun boleh cerai? Boleh percaya ke dengan perwatakan mase sedang bercinta? Betul ke bercinta untuk nak kahwin? Baik-baik…

Couple: betuuul, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Kawan: bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Nafsu makan ialah fitrah, tapi jangan pulak di makan benda haram, Allah tak redha. Jadi nafsu nak berpasangan pun fitrah, tapi jangan berpasangan sebelum nikah, Allah tak redha. Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Manusia hanya merancang kebahagiaan, tapi Allah yang anugerahkan nya. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul, dan sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai “percintaan” ini. Cinta yang di redhai, yang bermaruah, yang di sebut oleh Allah dalam qur’an ialah cinta selepas kahwin, cinta suami isteri.

Couple: kalau amek adik angkat, kakak angkat, abang angkat, boleh tak? Ganti lah, dah tak leh bercinta…

Kawan: semua tu perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta dalam nama lain. Betul tak? Cuba fikir betul-betul…apa hak adik/abang/kakak angkat? Islam pernah sebut ke? Ia adalah 100% perangkap iblis dan syaitan.

Couple: tapi kan…kami dah janji…sehidup semati…saya cinta dan percayakan dia…

Kawan: apa ada pada janji? Nikah pun Allah panggil sebagai janji jugak dalam qur’an – “mitsaqan ghaliza” (4:21) iaitu “perjanjian yang berat”. Nikah la baru janji, beb. Janji yang ada maruah, janji yang ada contract, bukan janji2 kosong…tunang pun belum halal apa-apa beb…

Couple: tapi dia ni baik…dia ni lain…dia bertanggungjawab…

Kawan: ye ke…betul ke??? Apa buktinya? Dia jaga kamu? Tak cukup…ingat, “mitsaqan ghaliza”, kalau betul-betul-betul bertanggungjawab, dia akan menikahi mu!

Couple: Tanya sikit. Mana ada orang yang tak bercinta zaman ni???

Kawan: ada. Takkan dah pupus semua org yang nak dengar cakap Allah, kan? Cuba check (33:35)

Couple: abis tu…kami ni macamana?

Kawan: selagi belum mati, masih ada peluang taubat. Bertaubat nasuha dan jangan sesekali ulang kesilapan yang sama. Semoga Allah bagi kekuatan, dan Allah PASTI bagi kekuatan pada hamba Nya yang bertaubat.

Couple: macamana nak bertaubat nasuha?

Kawan: ada 3 step:

  1. tinggalkan perbuatan maksiat. (putuskan hubungan)
  2. menyesal. (tapi untuk menyesal kena tambah ilmu la, kalau tak, tak rasa bersalah, kan?)
  3. berazam. (Tekad tidak akan bercinta lagi melainkan dengan pasangan yang halal.)

p.s: masa ni jugak boleh di gunakan untuk tahu samada couple anda selama ni memang ikhlas nak kahwin dengan anda. Putuskan hubungan, dan kata, kalau masih nak dengan kamu, pinang kamu, tapi tetap tak nak ada hubungan apa-apa langsung sampai lah nikah. Baru lah kita kenal, siapa dia sebenarnya…semoga Allah permudahkan urusan mu, amin…

p.s: ibu bapa zaman ni pun bukan lah sporting sangat nak bagi anak kahwin, mereka lagi rela anak mereka berdating. Well, ibu bapa bukan Tuhan, beb! Walaubagaimanapun, tetap kena hormati ibu bapa. Pujuk lah mereka baik-baik dengan hikmah dan kelembutan. Dan ingatkan mereka bahawa majlis yang gilang-gemilang dan kerja yang jawatan tinggi bukan penentu kebahagiaan. Kalau nak elakkan zina, kadang-kadang nikah boleh jadi status WAJIB, lagi2 kat tempat yang senanggggggg nak dating, couple, etc. tempat macam Shah Alam ni…K.L…kan??? Allah dah janji, kalau kita miskin, Allah akan bagi rezeki. (24:32) Wallahua’lam…

salam ramadhan buat semua muslim dan muslimat yang amat ku kasihi…

janganlah membiarkan diri menjadi mainan syaitan dan musuh-musuh islam yang suka apabila umat islam semakin menyimpang jauh dari islam…

jaga makan dan jaga iman masa raya nanti…

semoga kita semua keluar dari ramadhan kali ni bak bayi yang baru lahir, suci dari dosa…dan semoga ramadhan ini menjadikan kita bertambah iman, ilmu, amalan baik, ibadah yang sohih dan mendapat hidayah dari Allah. Amin…

0 ulasan:

Catat Ulasan