Pages

9 Mei 2011

Hari Yang Relax...

Dari hari khamis lepas lagi aku dah siapkan majalah...so dari ari khamis 2 juga la aku relax xde bt pape sampai la sekarang...ari isnin still rilex lg xde kje nk bt...boring pn da...best pn da gk huhuh...hari ni usya2 harga hp HTC Incredible S...harga 1500 dah...bila la dia nk turun ke rm1300 ye.... dalam page Ring Mobile Telecommunication kt FB harga hp HTC sekarang seperti berikut...update 3 May :
htc

incredible s....rm1530
desire....rm1249
desire hd....rm1499

wildfire....rm799
desire z....rm1299
hd7....rm1149
mozart....rm1199
desire s....rm1399
inspired....rm1599



3 Apr 2011

HTC Incredible S idamanku...


tunggu harga turun ke rm1300 sekarang harga rm1690

salah satu hp yang leh lawan kecanggihan iphone...mantop, murah dari iphone, software xpyh beli, memang best la... i like .....

General

* 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900

* 3G Network HSDPA 900 / 2100

* HSDPA 850 / 1900 - North America

Announced

* 2011, February

Status

* Available. Released 2011, February

Size

* Dimensions 120 x 64 x 11.7 mm

Weight

* 135.5 g

Display

* Type S-LCD capacitive touchscreen, 16M colors

Size

* 480 x 800 pixels, 4.0 inches

* - Multi-touch input method

* - Accelerometer sensor for UI auto-rotate

* - Proximity sensor for auto turn-off

* - HTC Sense UI

* - Touch-sensitive controls with rotating icons

Sound

* Alert types Vibration, MP3, WAV ringtones

Loudspeaker

* Yes

3.5mm jack

* Yes

Memory Phonebook

* Practically unlimited entries and fields, Photocall

Call records

* Practically unlimited

Internal

* 1.1 GB ROM, 768 MB RAM

Card slot

* microSD, up to 32GB, buy memory

Data

* GPRS Up to 114 kbps

EDGE

* Up to 560 kbps

3G

* HSDPA, 14.4 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps

WLAN

* Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot

Bluetooth

* Yes, v2.1 with A2DP, EDR

Infrared port

* No

USB

* Yes, microUSB v2.0

Camera Primary

* 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, dual-LED flash, check quality

Features

* Geo-tagging, touch-focus, image stabilization

Video

* Yes, 720p@30fps, check quality

Secondary

* Yes, 1.3 MP

Features OS

* Android OS, v2.2 (Froyo), upgradable to v2.4

CPU

* 1 GHz Scorpion processor, Adreno 205 GPU, Qualcomm MSM8255 Snapdragon

Messaging

* SMS(threaded view), MMS, Email, Push Email, IM

Browser

* HTML

Radio

* Stereo FM radio with RDS

Games

* Yes

Colors

* Black, Red

GPS

* Yes, with A-GPS support

Java

* Via third party application

* - SNS integration

* - Digital compass

* - Dedicated search key

* - Google Search, Maps, Gmail

* - YouTube, Google Talk, Picasa integration

* - MP3/AAC+/WAV/WMA player

* - DivX/XviD/MP4/H.263/H.264/WMV player

* - Organizer

* - Document viewer

* - Voice memo/dial/commands

* - Predictive text input

Battery

* Standard battery, Li-Ion 1450 mAh

Stand-by

* Up to 290 h (2G) / Up to 370 h (3G)

Talk time

* Up to 9 h 40 min (2G) / Up to 6 h 20 min (3G)

2 Apr 2011

Rajinkan diri kembali....

moga2 aku rajin kongsi kehidupan aku dalam ini kembali...aku start esok la...xde cita pe yg best lg...

20 Ogo 2009

Mimpi Jumpa Rasullullah S.A.W

Pada bulan Ramadhan ini buat la amalan yang membolehkan kita bermimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W dan amalan kita pada bulan mulia ini dapat menyucikan hati,jiwa dan Dosa kita...
‘Bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan Rasulullah ?’. Berikut ini jawaban Habib Munzir
.
  1. Mengenai berjumpa dg Rasul saw adalah dg merindukan beliau saw dan memperbanyak amalan sunnah semampunya, dan memperbanyak shalawat, beliau saw mencintai kita dan memperhatikan kita lebih dari ayah bunda kita, beliau saw adalah ayah ruh bagi semua ummatnya, maka ruh kita tetap mudah berhubungan dengan ruh beliau saw, lewat mimpi misalnya, nah.. perkuat hubungan ruh anda dengan ruh beliau saw dengan shalawat ini :”Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa ‘ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur” (wahai Allah limpahkan shalawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur). Sumber artikel
  2. Anda bisa saja jumpa dg Rasul saw dalam mimpi, perbanyaklah shalawat, cintailah sunnah, dan perbanyaklah
    bersedekah pada anak yatim, dan baktilah pada ibunda jika masih ada, ini adalah amalan amalan yg sangat dicintai oleh
    Rasul saw,
    anda jangan tidur kecuali bibir anda terus bershalawat pada nabi saw, beliau saw akan menjumpa anda, dan yakinlah.. Sumber artikel
  3. Saya (Habib Munzir) menyukai semua shalawat, dulu saya membaca 17 macam shalawat, diantaranya shalawat Syeikh Abdulqadir Aljailani yg panjangnya 13 halaman, namun kini saya membaca satu macam shalawat saja, yg diajarkan Rasul saw lewat mimpi pd saya, pendek saja yaitu : “ALLAHUMMA SHALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM“shalawat ini saya baca 5.000X setiap harinya, jika anda ingin membacanya silahkan, saya ijazahkan pada anda, boleh membacanya 100X, 200X atau lebih atau berapa saja sekemampuan anda dan luasnya waktu, dan bisa dibaca sambil dimobil, dijalan, atau dimanapun,
  4. Masalah mimpi Rasul saw, saya (Habib Munzir) pernah bermimpi beliau saw dan mengadukan banyaknya orang yg rindu dg beliau saw namun belum jumpa dalam mimpi, beliau saw menutup wajahnya dan menangis, seraya berkata : “Tiada yg memisahkanku dg mereka selain tabir qudrat, dan mereka akan jumpa dg ku kelak”beliau saw sangat perduli dan rindu pada ummatnya, lebih lebih yg mencintai beliau saw, dan telah teriwayatkan pada shahih Muslim bahwa beliau saw bersabda : “Ummatku yg paling cinta padaku adalah yg hidup setelah aku wafat, dan mereka sangat mengidamkan jumpa dg ku daripada harta dan keluarganya”.

18 Ogo 2009

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Sayidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda yang maksudnya,


Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
Malam ke 4
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang menbaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
Malam ke 5
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Majidil Aqsa
Malam ke 6
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya
Malam ke 7
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya itu menentang Fir’aun dan Hamman
Malam ke 8
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s
Malam ke 9
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w
Malam ke 10
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat
Malam ke 11
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan
Malam ke 12
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya
Malam ke 13
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikannya serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya
Malam ke 15
Malaikat-malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya
Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
Malam ke 17
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atas mu dan ke atas kedua ibubapa mu.”
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 22
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 24
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun ibadat
Malam ke 25
Dilepaskan dari seksa kubur
Malam ke 26
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun ibadat
Malam ke 27
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat
Malam ke 28
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat diakhirat
Malam ke 29
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur
Malam ke 30
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”


Selain dari fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih dan Qiamulail di malam bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w

SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

15 Ogo 2009

BAGAIMANA CARA MEMAKAI TUDUNG MENGIKUT ISLAM


assalamualaikum... kepda saudari2... kadang2 kita tak perasan adakah dengan hanya menutup kepala dengan tudung dah cukup bg syarat kita untuk tutup aurat dalam islam? adakah kita benar2 menutup aurat sebagaimana yg disyariatkan wahai saudari...

kebanyakan perempuan pakai tudung tapi tak kena dgn cara yg sepatutnya. contohnya, apabila pakai tudung, mereka akan SELAK TUDUNG KETEPI DAN TAK MEMBIARKAN TUDUNG ITU TURUN MENUTUPI DADA.

itu adalah cara memakai tudung yg salah... apabila memakai tudung, sebagaimana ALLAH telah berfirman dalam ayat hijab, WANITA HENDAKLAH MELABUHKANN TUDUNGNYA HINGGA KE DADA..

so, saya harap mana2 perempuan yg pakai tudung, tapi selak tudung tu ketepi, menurunkan tudung mereka..

semoga ALLAH membuka hati kita untuk bertaubat kepada-NYA..

wallahua`lam...

assalamalaikum...

Sunyi Tanpa Wanita

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.



Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. ..
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok.. .
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..
Tapi binalah kepimpinan.. .
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Cinta & Kawan


Cinta & Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerena CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerena... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerena... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....ya dia memang beerti sangat buatku!Aku sepi tanpa kawan dan cinta!

Walau kita punya couple, teman kita paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman kita paling berharga.

14 Ogo 2009

Jaga Aib Diri Serta Orang Lain

Semalam, sempat saya mendengar Al-Kuliyyah. Berkenaan ‘Jaga Aib’. Saya rasa ingin dikongsikan kepada anda. Kalau saya tak muatkan di dalam blog ni, mungkin saya lupa atau saya tak sempat ceritakan kepada sesiapa.

Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’.

Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”

“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.

Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.

Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:

  • Cerita keburukan orang
  • Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya

Contoh lagi..

Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.

Bagaimana mendedahkan aib sendiri?

Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”

Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.

Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.

Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai.

Satu lagi untuk saya sampaikan. Jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram.

Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang. Tidak ada untungnya.

Ikhlas dari,


Shud

Beza Cinta, Sayang, Suka dan Minat


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…