29 Jul 2009

Bercinta Dengan Suami Orang - Apakah Tanda Lelaki Sudah Beristeri?

Banyak sekali pada ketika ini berita gadis remaja dan juga yang sudah matang yang terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami orang. Kadangkala bukan itu yang dimahukan tetapi disebabkan lakonan dan permainan lelaki yang cukup mantap. si gadis akhirnya jatuh cinta dan terjerat dengan perhubungan sebegini. Apabila status lelaki ini sudah diketahui, ramai yang merasakan bahawa ianya sudah terlambut dan perhubungan sudah terlanjur dan kerana tidak mahu tinggal keseorangan, akhirnya si gadis terus sanggup menjadi madu. Adakah ini kesudahan yang anda mahukan? Sebelum itu ketahui taktik-taktik seorang playboy memancing dan memikat seorang wanita:

TAKTIK MEMIKAT PLAYBOY:

  • Mengambil berat mengenai perasaan dan situasi wanita.
  • Selalu bercerita tentang kesusahan diri dan betapa si gadis amat membahagiakan dan telah membantu menjadikan si playboy seorang yang paling beruntung di dunia dan bagaimana atas nasihat si gadis si playboy sudah berubah dan memajukan diri dalam pelbagai segi.
  • Selalu memberi kata-kata pujian pada si gadis, sama ada mengenai rupanya, tingkah lakunya yang lemah lembut & manis, rajin, pandai menjaga diri, suara gadis yang ayu dan comel dan kata-kata yang manis yang lain.
  • Anda satu-satunya gadis yang ikhlas, pandai mengambil hati dan memahami dirinya.
  • Anda cantik tetapi tidak sombong
  • Apabila sudah terkantoi:
    • Isteri tidak menjaganya dengan betul, baju pun tak terbasuh (tidak sedarkah jika dah mempunyai anak sampai 4, masa agak terhad untuk basuh baju atau mengemas rumah). Alasan tidak munasabah.
    • Sunyi, tiada teman berbicara
    • Anda seorang gadis sejati yang satu-satunya memahami dirinya. Anda bukan seperti gadis-gadis yang lain!

Ada banyak lagi taktik, tetapi akan disambung di masa akan datang! Oleh itu stay tuned to Syokkahwin.com/blog hehe..

APAKAH CIRI-CIRI LELAKI YANG SUDAH BERISTERI?

  • Mengelak topik tertentu seperti percutian, keluarga dan rancangan masa depan.
  • Berkeras anda hanya boleh menghubunginya pada waktu tertentu atau dia sahaja yang menghubungi anda. Macam2 alasan akan diberikan seperti tidak boleh diganggu semasa bekerja etc.
  • Hatinya tidak sepenuhnya dengan anda, lebih-lebih lagi di tempat awam, dia akan asyik memerhatikan persekitarannya.
  • Berahsia tidak kena pada tempatnya.
  • Mengelak mengunjungi tempat-tempat tertentu dan sering memberikan alasan yang tidak logik. Mungkin kerana isterinya selalu pergi membeli-belah di tempat tersebut atau anaknya selalu lepak di situ.
  • Jarang keluar dengan anda pada waktu hujung minggu, kecuali bila isterinya outstation.





0 ulasan:

Catat Ulasan