25 Jul 2009

Pulau Payar Kedah ( Honeymoon Best )


Sebanyak 234 spesies daripada 105 genus dan 50 famili ikan terumbu karang dijumpai
di semua pulau yang terdapat di Taman Laut Pulau Payar. Pulau Payar mempunyai
jumlah spesies yang tertinggi, 217 spesies, diikuti oleh Pulau Segantang, 114 spesies.
Pulau Lembu dan Pulau Kaca pula mempunyai jumlah spesies yang paling rendah, 90
spesies untuk setiap pulau. Famili yang mempunyai kepelbagaian yang paling tinggi
adalah Pomacentridae dengan 32 spesies, diikuti oleh Labridae dengan 25 spesies.
Famili lain yang mempunyai kepelbagaian yang tinggi adalah Chaetodontidae (19
spesies), Lutjanidae (17 spesies), Serranidae (17 spesies), Gobiidae (14 spesies),
Apogonidae (11 spesies), Scaridae (8 spesies), Nemipteridae (7 spesies), Carangidae
(7 spesies) dan Siganidae (7 spesies).

Taburan pulau-pulau kecil yang membentuk Pulau Payar terletak hanya 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Taman Laut terhebat di pantai barat Semenanjung ini boleh dikunjungi dengan bot dalam tempoh satu jam sahaja menjadikannya destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari.

Taman Laut terlindung yang tidak diduduki manusia ini merangkumi beberapa buah pulau termasuk pulau yang terbesar - Pulau Payar. Tapak lawatan anda di sini merupakan sebuah platform yang didirikan tidak jauh dari Pulau Payar. Tetapi tarikan sebenar terselindung di dalam perairan sekelilingnya. Masuk ke dalam ruang pemerhatian bawah laut yang terdapat di sini untuk melihat keindahan hidupan laut di sekitar kawasan terumbu karang. Ingin melihat ikan-ikan yang menjadikan terumbu karang ini tempat tinggal mereka dengan lebih dekat lagi? Kenakan kelengkapan snorkel dan terjun ke laut untuk melihat sendiri!

2 ulasan:

Money berkata...

huhuh ye ke best honeymoon?xrmai org kan so best la ye?huhu

shud berkata...

huhu ye la mst la best...lyn siot mlm sjuk snyap je dgr ombak je bunyi chalet dia dlm utan best2

Catat Ulasan