30 Jul 2009

Bercinta dan Study....

Bercinta memang seronok, lebih-lebih lagi masa zaman muda remaja, zaman study. Dapat pulak satu uni. Dunia bagai ana yang punya. Mana taknya, time tu, kalau study library, leh study dengan couple masing-masing. kemana-mana berdua jer. Macam belangkas. Pastu, bila orang lain tengok dan mengata, buat dek jer.

Pastu, bila dapat duit elaun dari penaja, mulalah keluar sesama. Tengok wayang, makan fast food (kebiasaannya, fast food merupakan makanan mewah bagi student). Pastu, siap leh beli present bagai. I give you one present, you give me back one present. Kena awek demand, I give you want, you give me three. Dapat duit penaja, beli henpon sedondon, maklumlah, bercinta.

Cuti semester pulak, plan reramai, pergi bercuti. Semua couple2 jer yang pegi. Maklumlah, nanti bila dah cuti, lama lagi baru bersua kembali (kalau tak kena dismiss). Nak jumpa masa cuti, sorang utara sorang selatan, jadilah macam citer kutub utara kutub selatan (sebenarnya takde kena mengena pun dengan citer ni). So pergilah vacation.

Masa cuti plak, internet dan henpon jadi penghubung. Chat dekat YM, lepak-lepak dekat blog (kesemua ini hampir jarang berlaku zaman aku study, kerana zaman tu, henpon dan internet amatlah mahal). Lepas chat dekat internet, sambung plak dekat henpon, gayut sampai pagi. Maklumlah cuti, esok boleh bangun tengah hari.

Jadi, bestkan bercinta masa zaman universiti?

0 ulasan:

Catat Ulasan